Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Pengumuman

17/12/2018

Adakah anda sedang mencari peluang pengembaraan sekali seumur hidup?
Mohon kepada program YES untuk peluang untuk meneroka komuniti Amerika dan kebudayaannya melalui program pertukaran selama 6 bulan bermula Januari 2020, yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Negara A.S..

Program YES meraikan 15 tahun di Malaysia tahun ini.
Klik sini:  https://e.america.gov/t/i-l-nthtyjy-okidlkjjl-t/

14/12/2018

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menganjurkan Pameran Latihan Kemahiran & Kerjaya pada 16 Disember 2018 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu. Pameran ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi. Mohon kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada semua pelajar Tingkatan 4 hingga 6, para lepasan sekolah dan graduan yang belum bekerja serta para belia-beliawanis yang bermastautin di daerah Kota Kinabalu dan sekitarnya.

14/12/2018

YBhg. Datuk/ Dr./ Tuan/ Puan,

PELAKSANAAN KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sedang menjalankan Kajian lndeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia 2018 (Peringkat Perkhidmatan Awam). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraan  psikologi penjawat awam secara keseluruhannya.

13/12/2018

Kelab Berbasikal SPED KK (Jabatan Kerja Raya Sabah) akan menganjurkan satu larian seperti berikut:

ACARA: The Last Tanjung Aru Beach Run 2019
TARIKH: 13hb Januari 2019 (Ahad)
LOKASI: Padang Ragbi, Tanjung Aru
KATEGORI: 10KM dan 3KM

YURAN PENYERTAAN:
1. 10KM – RM80 untuk seorang.
2. 3KM Family Run – RM100 untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.

13/12/2018

Kerosakan Talian Telefon Jabatan Kerja Raya Semporna

Dimaklumkan bahawa talian telefon Jabatan Kerja Raya, Semporna di no. tel 089 – 781773 dan 089-781504  dan 089-781503 mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Segala kesulitan yang timbul berhubung  perkara ini amat dikesali. 
 
Sekian, terima kasih.

12/12/2018

Amaran Penipuan/Scam - Sabah.Net Scam Alert 20181212 [Subject: UPGRADE TEAM].

Kepada Semua Pengguna Emel Sabah.Gov:

Sila ambil perhatian, emel-emel seperti yang tertera di bawah adalah suatu penipuan/spam/emel yang mengandungi VIRUS.  Anda dinasihatkan supaya mengabaikan dan MENGHAPUSKANNYA.

11/12/2018

Program Festival Industri Kecil Sabah (FIKS) Peringkat Daerah Pitas

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Daerah Pitas akan menganjurkan Festival Industri Kecil Sabah (FIKS) pada 14 - 16 Disember 2018 bertempat di Dewan Masyarakat Pitas.

11/12/2018

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 2 TAHUN 2018

08/12/2018

Amaran Penipuan/Scam - Sabah.Net Scam Alert 20181208 [ Subject:Kemas kini Akaun].

Kepada Semua Pengguna Emel Sabah.Gov:

Sila ambil perhatian, emel-emel seperti yang tertera di bawah adalah suatu penipuan/spam/emel yang mengandungi VIRUS. Anda dinasihatkan supaya mengabaikan dan MENGHAPUSKANNYA.

07/12/2018

Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 09hb Dec 2018 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 09hb Dec 2018 (03:00 pagi)