Menjadikan PBNS sebuah Perbadanan yang dihormati dan unggul di Malaysia
Membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Sabah melalui pentadbiran yang telus, berintegriti dan profesional berdasarkan Hukum Syarak dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Membangunkan imej PBNS sebagai Institusi Perbendaharaan Islam yang disegani
Memperhebatkan kutipan dana melalui aktiviti sosio-ekonomi yang berasaskan syariat Islam
Mempelbagaikan program-program sosial dan kebajikan untuk orang-orang Islam di Sabah
Menubuhkan subsidiari untuk aktiviti perniagaan secara Islam
Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998, Seksyen 4 menyatakan bahawa Perbadanan hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut:
seorang Pengerusi;
seorang Timbalan Pengerusi;
Mufti Kerajaan;
seorang wakil dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Besar Negeri yang mewakili Kerajaan Negeri;
tidak lebih daripada tiga orang ahli yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman atau kepentingan dalam perdagangan, perindustrian, kewangan atau perkara-perkara yang berhubung dengannya;
seorang ahli yang mewakili Majlis; dan
orang yang sedang memegang jawatan Pengurus Besar Perbadanan
Ahli Lembaga Pengarah PBNS
YBhg. Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar, A.S.D.K, J.P. , Pegerusi
YBhg. Tuan Haji Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin, Timbalan Pegerusi
YBhg. S.S Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah
YBhg. Encik Hanafiah Datuk Mohd Kassim, Wakil Kementerian Kewangan
YBhg. Puan Suzumaidah Haji Hussain, Wakil Jabatan Peguam Besar Negeri
YBhg. Datuk Haji Ag. Sharin Alimin, Wakil Professional
YBhg. Datuk Haji Omarkhan Amirusin, Wakil Professional
YBhg. Encik Maarof Hj. Abd Wahid, Wakil Professional
YBhg. Encik Ramlan Awang Ali, Wakil Majlis Ugama Islam Sabah
YBhg. Dr. Awang Faisal Assyiffa bin Ag. Rahim, Pemangku Pengurus Besar PBNS
Logo ini dibentuk dari perkataan BAITULMAL, yang merupakan dasar kepada pembentukan perbadanan ini.
Perkataan BAITULMAL dibentuk menjadi logo yang unik dan dinamik menggunakan tulisan jawi dan kesenian tulisan khat yang mana ianya merupakan suatu identiti unik bagi agama Islam. Perkataan BAITULMAL ini juga menerangkan peranan PBNS dalam ekonomi dan kebajikan masyarakat Islam di Sabah khasnya, sejajar dengan program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Warna hijau yang menjadi latar logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang jitu antara PBNS dengan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning melambangkan semangat PBNS yang utuh dalam menjalankan misi-misi dan juga dalam usaha mencapai visi untuk menjadi sebuah badan yang dihormati dan unggul di Malaysia.
Warna putih pada perkataan PERBADANAN BAITULMAL NEGERI SABAH mencerminkan ketelusan badan ini dalam menjalankan program-program kemasyarakatan dan mengurus kebajikan demi membantu umat Islam yang memerlukan.
Secara keseluruhannya, logo baru ini mencerminkan PBNS sebagai sebuah institusi kewangan yang berteraskan Islam dan dapat meningkatkan imej PBNS ke arah globalisasi.