Ramai di kalangan kita yang masih kurang memahami peri pentingnya menulis Wasiat untuk membuat perancangan harta di masa hadapan, sedangkan menulis Wasiat adalah suatu amalan yang diharuskan.

 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما حق امرئ مسلم، له شيئ يوصى به يبيت ليلتين إلا ووصيته عنده.
(رواه البخارى)

Nabi Muhammad SAW bersabda : Tidak seharusnya bagi seseorang yang mempunyai harta untuk di Wasiatkan tidur lebih dari dua malam melainkan Wasiatnya sudah tertulis di sisinya. -HR Bukhari


 Hadis ini memberi perhatian kepada kita yang memiliki harta dan dan hak-hak yang menjadi beban ke atas kita seperti hutang dan seumpamanya agar bersegera menulis Wasiat. Dikisahkan bahawa Umar R.A berkata: Tidak pernah berlalu satu malam pun semenjak aku mendengar Rasulullah SAW berkata demikian melainkan di sisi ku ada Wasiat ku. -HR Muslim


 Sikap mengambil ringan tentang perancangan harta ketika masih hidup dan tidak membuat apa-apa persediaanboleh mangakibatkan berlakunya perbalahan di kalangan keluarga pada masa hadapan dan akhirnya akan merugikan diri kita sendiri.


 Secara amnya, masyarakat Islam mengetahui bahawa dalam Islam pembahagian harta pusaka akan berlaku selepas kematian adalahmengikut hukum Faraid. Justeru perancangan awal pembahagian harta semasa hidup tidak perlu dilakukan ekoran daripada pelaksanaan hukum faraid yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Tanggapan ini perlu diubah, sedangkan perancangan awal harta adalah turut dituntut dalam agama Islam.


 Dari tahun ke tahun peningkatan harta pusaka beku dilihat semakin meruncing. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya harta pusaka beku tidak dapat dituntut. Ekoran daripadaitu, perancangan harta semasa hidup amatlah dituntut dan ianya bukan lagi menjadi suatu pilihan tetapi menjadi suatu kemestian.


 Tidak dinafikan juga, ramai di kalangan umat Islam yang masih kurang memahami konsep Wasiat dan pelaksanaannya mengikut hukum syarak. Ada juga yang berpendapat Wasiat boleh dibuat kepada sesiapa sahaja dengan tujuan agar harta tersebut tidak dapat diwarisi oleh waris yang tidak diingininya.