• Halaman Utama
  • Mengenai Wasiat

    • Kepentingan Wasiat

    • Rukun Wasiat

    • Syarat Wasiat

    • Hukum Wasiat

    • Hikmah Wasiat

  • Wasiat Terbatal
  • Beza Hibah & Wasiat
  • Hubungi Kami





welcome
Hilang kelayakan atau keahlian pewasiat seperti gila yang berterusan selepas wasiatdibuat, sama ada gila itu sampai mati atau sebaliknya menurut Mazhab Hanafi dan Syafii.
Penerima wasiat meninggal dunia terlebih dahulu daripada pewasiat.
Kerosakan atau kebinasaan seluruh harta yang diwasiatkan. Kebinasaan sebahagian harta tidak membatalkan wasiat yang dibuat.
Penolakan wasiat oleh penerima wasiat selepas kematian pewasiat.
Penarikan balik oleh pewasiat terhadap wasiat yang dibuat pada bila-bila masa sebelum kematian,sama ada dengan sebab-sebab tertentu atau tanpa sebab.Penarikan balik boleh dibuat melalui percakapan atau perbuatan.
Pewasiat tidak mempunyai hak milik sempurna terhadap harta yang diwasiatkan padamasa kematian.
Wasiat yang dibuat untuk tujuan maksiat, dan harta yang diwasiatkan itu harta yang tidak bernilai dari segi syarak seperti alat-alat muzik untuk tujuan hiburan.
Tidak berlaku syarat yang ditetapkan dalam wasiat.