Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998, Seksyen 4 menyatakan bahawa Perbadanan hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut:
• Pengerusi
• Timbalan Pengerusi
• Seorang Wakil dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Besar Negeri yang mewakili Kerajaan Negeri
• Tidak lebih daripada tiga orang ahli yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman atau kepentingan dalam perdagangan, perindustrian, kewangan atau perkara-perkara yang berhubung dengannya;
• Seorang ahli yang mewakili Majlis
• Orang yang sedang memegang jawatan Pengurus Besar Perbadanan