story

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

      Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari portal rasmi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) ini disediakan khusus untuk orang awam mendapatkan informasi terkini dan mutkhir mengenai program dan aktiviti PBNS. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada para petugas yang berusaha untuk menyediakan portal rasmi ini.
      Peranan dan tanggungjawab Pejabat ini adalah untuk Membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Sabah melalui pentadbiran yang telus, berintegriti dan profesional berdasarkan Hukum Syarak dan undang-undang yang telah ditetapkan. Inisatif ini melambangkan hasrat dan usaha Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah secara kolektif dalam memastikan aspek tadbir urus yang baik dan berintigriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sampai kepada sasarannya.
      Pengukuhan tadbir urus melalui ketulusan dan akauntabiliti merupakan teras kecermelangan sesebuah organisasi. Budaya kerja berintegiriti haruslah diamalkan untuk menjadi penjawat awam yang cemerlang. Akhir kata, semoga seluruh warga PBNS terus istiqamah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang unggul dan beteraskan integriti untuk menjadikan PBNS sebuah agensi yang terbaik dalam perkhidmatan awam.

Sekian dan terima kasih.



Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar,
D.M.S.M, A.S.D.K, J.P.