Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah

service-image

Fidyah Puasa

Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan secupak makanan asasi bersamaan 675 gram atau yang senilai dengannya untuk sehari puasa yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu atau kerana sengaja melengahkan mengqada puasa yang lalu sehingga tiba Ramadan seterusnya.

Selanjutnya
Kalkulator Fidyah
service-image

Kaffarah

Kaffarah adalah satu bentuk hukuman yang ditentukan oleh Allah S.W.T. terhadap mereka yang melakukan sesuatu kesalahan tertentu sama ada yang dilarang secara mutlak oleh Allah S.W.T atau melanggar sesuatu kewajipan yang dibuat dengan pilihan sendiri.

Selanjutnya
Kalkulator Kaffarah
service-image

Kumpulan Wang Amal Jariah

Satu kumpulan wang yang dinamakan "Kumpulan Wang Amal Jariah" hendaklah juga diadakan untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam Negeri ini sebagai sedekah bulanan untuk kegunaan Agama Islam dan kebajikan orang-orang Islam.

Selanjutnya
Carta Alir KWAJ
Borang Sumbangan Amal Jariah
service-image

Faraid

Harta pusaka merupakan salah satu sumber Baitulmal yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid di mana Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada pewaris atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak.

Selanjutnya
service-image

Luqatah

Harta Luqatah ialah harta yang tercicir daripada tuannya yang mempunyai nilai, yang dihormati di sisi Syarak. Maka tidak termasuk harta luqatah itu seperti arak, khinzir dan barangan muzik yang melalaikan. (Kitab Al-Muktamad Fi Fiqhi Syafii).

Selanjutnya
service-image

Wang Tidak Patuh Syariah

Wang Tidak Patuh Syariah adalah harta haram yang diperolehi melalui jalan-jalan yang tidak syarie iaitu mengambil harta yang terdapat larangan keatasnya atau terdapat balasan (had) keatas pelakunya, atau terdapat janji buruk berkaitannya, atau yang dinamakan sebagai batil Oleh Allah S.W.T.

Selanjutnya
service-image

Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian

Selanjutnya
Aplikasi e-Wasiat
service-image

Hibah

hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, tidak mengharapkan pahala di akhirat atau memuliakan seseorang dan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Selanjutnya