• Logo ini dibentuk dari perkataan BAITULMAL, yang merupakan dasar kepada pembentukan perbadanan ini.
• Perkataan BAITULMAL dibentuk menjadi logo yang unik dan dinamik menggunakan tulisan jawi dan kesenian tulisan khat yang mana ianya merupakan suatu identiti unik bagi agama Islam. Perkataan BAITULMAL ini juga menerangkan peranan PBNS dalam ekonomi dan kebajikan masyarakat Islam di Sabah khasnya, sejajar dengan program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
• Warna hijau yang menjadi latar logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang jitu antara PBNS dengan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
• Warna kuning melambangkan semangat PBNS yang utuh dalam menjalankan misi-misi dan juga dalam usaha mencapai visi untuk menjadi sebuah badan yang dihormati dan unggul di Malaysia.
• Warna putih pada perkataan PERBADANAN BAITULMAL NEGERI SABAH mencerminkan ketelusan badan ini dalam menjalankan program-program kemasyarakatan dan mengurus kebajikan demi membantu umat Islam yang memerlukan.
• Secara keseluruhannya, logo baru ini mencerminkan PBNS sebagai sebuah institusi kewangan yang berteraskan Islam dan dapat meningkatkan imej PBNS ke arah globalisasi.