Soalan Lazim


Soalan Lazim : Bantuan

Bantuan yang disediakan adalah Bantuan Am, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Perubatan, Bantuan Institusi Tahfiz / RAV/SAR/NGO, Bantuan Awal Pendidikan Tinggi, Bantuan Khas Pada Bulan Ramadan Dan Syawal, Bantuan Keagamaan, Bantuan Am Masjid, Surau Dan Fardu Kifayah.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus.
1. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan lahir di Negeri Sabah dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah dan tanggungan.
2. Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

Anda boleh datang sendiri ke pejabat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang bertempat di tingkat 2, blok B Wisma MUIS atau boleh melayari laman web rasmi PBNS untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Jumlah bantuan yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

1. Fidyah dan Kafarah
2. Kumpulan Wang Amal Jariah
3. Wang atau HartaTidak Patuh Syariah
4. Luqatah (Harta yang tercicir)

Soalan Lazim : Fidyah

Bagi kadar fidyah untuk negeri sabah berjumlah RM.1.80 untuk sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan 1/4 daripada nilai zakat fitrah semasa bagi negeri Sabah. Nilai kadar fidyah bagi sesebuah negara menurut para fuqaha ialah satu mud atau secupak makanan asasi. Di Malaysia ukuran satu mud yang diterima pakai ialah bersamaan dengan 675 gram cupak beras makanan asasi.

Hukum melaksanakan bayaran fidyah adalah wajib berdasarkan Firman Allah S.W.T: Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin” ( Surah al-Baqarah, ayat 184 )

Golongan yang wajib melaksanakan bayaran fidyah berbahagi kepada 4 kategori:
1. Individu yang meninggalkan puasa kerana tua Keterangan: Orang tua yang tidak terdaya lagi berpuasa dan sekiranya dia berpuasa akan menimbulkan masyaqqah (kesusahan) atau mudarat diri dan kesihatan maka individu tersebut ada keringanan meninggalkan ibadah puasa dan mengantikan dengan membayar fidyah memberi makan kepada fakir miskin.
2. Individu yang meninggalkan puasa kerana sakit kronik Keterangan: Individu yang mempunyai sakit kronik yang tidak diharapkan sembuh menurut pengalaman atau pengesahan pakar perubatan dibolehkan untuk tidak berpuasa dan membayar fidyah.
3. Ibu yang hamil/menyusukan anak yang meninggalkan puasa kerana risaukan keselamatan anak. Keterangan : Sekiranya si ibu meninggalkan puasa hanya kerana khuatir keselamatan anaknya sahaja ketika sedang hamil atau sedang menyusukan anak wajib membayar fidyah.Disamping itu, wajib mengqada puasa di lain hari.
4. Individu yang segaja atau lewat qada/mengantikan puasa sehingga tiba bulan Ramadan yang seterusnya tanpa ada sebarang keuzuran. Keterangan: Bagi individu yang sengaja menanguh dan melewatkan menganti puasa sehingga tiba bulan ramadan seterusnya tanpa sebarang keuzuran maka wajib baginya membayar fidyah bagi setiap hari yang dtinggalkan serta mengantikan puasa tersebut dilain hari. Dan menurut jumhur fuqaha sekiranya puasa tersebut telah melangakui beberapa kali bulan ramadan maka kiraan fidyah nya akan berganda.

1. Bagi individu yang telah tua dan sakit kronik tiada gandaan fidyah yang dikenakan. Fidyah dibayar mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan seperti contoh berikut:
    Tahun 2021 (30 hari) puasa ditinggalkan
    Taksiran : 30 Hari x Kadar Fidyah (Rm1.80) = RM 54.00
2. Bagi individu yang sengaja melengahkan qada puasa yang ditinggalkan. Fidyah akan berganda sekiranya melangkaui beberapa kali bulan ramadan seperti contoh berikut:
    Tahun 2021 (7 hari) puasa ditinggalkan
    Taksiran : 7 Hari x Gandaan (2) x Kadar Fidyah (RM1.80) = RM25.20

Berdasarkan pendapat para fuqaha, waktu pembayaran fidyah bermula sebaik sahaja individu tersebut tidak dapat menunaikan ibadah puasa tersebut. Walaubagaimanapun waktunya adalah luas dan tidak terhada didalam sesuatu tempoh yang tertentu, akan tetapi para ulama menasihatkan untuk menyegerakan bayaran tersebut tanpa bertangguh.

Soalan Lazim : Wasiat, Hibah dan Faraid

Wasiat ialah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya @ manfaat hartanya untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan @ apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Faraid bermaksud kaedah pembahagian harta pusaka si mati kepada waris-waris mengikut pembahagian yang telah ditentukan syarak.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumian dan penunaian hutang-hutangnya.

Oleh itu, wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Jika waris-waris bersetuju, maka wasiat lebih daripada 1/3 adalah sah, dan jika mereka tidak bersetuju maka wasiat hanya sah setakat 1/3 sahaja dalan lebihan daripada itu menjadi harta pusaka.

Manakala hibah, Islam tidak menetapkan kadar tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib.

Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya.

Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Harta pusaka merupakan salah satu sumber Baitulmal yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid di mana Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada pewaris atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak. Ianya disebutkan juga di dalam kitab ‘al-Muktamad Fi Fiqhi Syafii’ karangan Dr. Muhammad Zuhaili : Baitulmal mewarisi harta pusaka si mati sekiranya si mati itu tidak meningalkan waris atau masih terdapat baki harta (selepas dibahagikan kepada ashabul-furud atau tidak ada asobah) dan harta pusaka itu haruslah digunakan untuk maslahat orang Islam.

Berdasarkan kitab Raudah al-Talibin karangan Imam An-Nawawi jilid 5, halaman 6-7 bermaksud: "Sekiranya si mati tidak meninggalkan waris fardu, dan tidak meninggalkan waris asabah, maka hendaklah diwarisi oleh dzawil arham. Pada pandangan kami, sesungguhnya pendapat yang sahih dzawil arham itu tidak mewarisi dan tidak juga dipulangkan lebihan harta, iaitu dalam keadaan bilamana urusan baitulmal ditadbir dengan baik dengan diperintah oleh pemimpin yang adil."

Manakala secara praktikalnya di Negeri Sabah, ia telah diperuntukkan di bawah Seksyen 20 (2), (L), Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah 1998 iaitu, ‘Semua harta atau wang warisan orang-orang Islam, sama ada si mati tidak berwaris atau harta atau wang itu tidak dihabiskan oleh waris yang boleh menerimanya, hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.’

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
1. Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar wajib sahaja.
2. Menjelaskan hutang si mati :
• Hutang kepada Allah SWT seperti zakat, haji, kaffarah, fidyah dan nazar.
• Hutang kepada manusia.
3. Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.